Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ iaitu Zizi Kirana sangat sinonim dengan imejnya yang agak seksi dan menggoda. Walaupun
cara pemakaiannya sering dikecam netizen, Zizi mengakui lebih bahagia
dengan caranya sendiri.Baru-baru ini, Zizi memuat naik gambar ‘panas’ dengan hanya
mengenakan singlet pendek sehingga menampakkan bahagian dada dan perut.
Seperti sudah dijangka, foto tersebut dikecam teruk oleh netizen dan
dihujani dengan komen berbaur
Rata-rata netizen terkejut dan ada juga yang meluahkan rasa kecewa
dengan penyanyi itu yang kini semakin berani mendedahkan ‘asetnya’ dan
mendakwa tindakannya itu memalukan. Ada juga berpendapat, Zizi
berpakaian seksi semata-mata untuk meraih perhatian.
Namun, tidak kurang juga yang memberikan kata-kata positif kepada
Zizi supaya mengabaikan segala kecaman dan kritikan negatif yang
dilemparkan terhadap dirinya.
Apa pun, walaupun teguran oleh peminat atau netizen agak kasar dan mengaibkan, namun apa yang dikatakan mereka itu mungkin sekadar peringatan dan tanda sayang terhadap artis kesayangan mereka.
Apa pun, walaupun teguran oleh peminat atau netizen agak kasar dan mengaibkan, namun apa yang dikatakan mereka itu mungkin sekadar peringatan dan tanda sayang terhadap artis kesayangan mereka.
- SUMBER kopi planet


