Seorang
lelaki ditahan selepas dipercayai mengganggu seorang janda dengan
menghantar bahan berunsur di kediaman wanita itu di Kampung
Bakong, Lambor Kiri, Bota, Perak, lapor Astro Awani.Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah
berkata, dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, buruh kampung berusia 32
tahun itu telah menghantar surat dan CD ke rumah mangsa berusia 52
tahun berkenaan.
Difahamkan, mangsa merupakan seorang ibu tunggal dan tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu.esemua barangan itu diletakkan di dalam sampul berwarna putih dan diselitkan di bawah pintu rumah mangsa.Mangsa hanya menyedari bungkusan itu ketika dia membuka pintu rumahnya
sekitar jam 7.15 pagi. Suspek telah mengumpannya dengan CD yang dihantarnya dalam sampul ke rumah mangsa dengan tujuan
mengajak wanita itu melakukan hubungan dengannya.
"Dalam surat yang dihantar itu juga, suspek memberitahu dia mahu datang ke rumah mangsa pada jam 12 malam," katanya.
Bertindak di atas laporan polis yang dibuat mangsa, polis telah berjaya
menahan suspek dan ujian urin yang dijalankan mendapati suspek positif
dadah jenis methamphetamine."Kita akan menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan," katanya.
